Perjanjian Pelanggan InstaRebate

Perjanjian Pelanggan InstaRebate (selepas ini dirujuk sebagai "Perjanjian") dibuat di antara perkhidmatan InstaRebate (dirujuk sebagai "Perkhidmatan") dan Pelanggan, atau secara kolektif dirujuk sebagai "Pihak-pihak", yang bersetuju seperti berikut :

1. Peruntukan Am

1.1 Perjanjian ini menentukan peruntukan Perkhidmatan dalam membayar Pelanggan rebat (sebahagian daripada spread) dalam projek InstaRebate.
1.2 Perkhidmatan dan Pelanggan adalah pihak utama dalam Perjanjian ini.
1.3 Pelanggan bersetuju untuk mendaftar akaun dengan Perkhidmatan untuk tujuan mendapatkan manfaat yang dinyatakan di sini dan tidak bertentangan dengan mana-mana peraturan dalam perjanjian ini dan/atau peruntukkan Kumpulan InstaForex.
1.4 Perjanjian ini tidak memerlukan tandatangan dan dianggap sah selepas butang "Saya terima" diklik.
1.5 Peruntukan am mengenai hubungan di antara Pihak-pihak dibuktikan tetapi tidak terhad oleh Perjanjian ini, khususnya, dalam kes yang melanggar peraturan-peraturan Kumpulan InstaForex.

2. Service Guidelines

2.1 Untuk mendaftar akaun nyata InstaForex dengan Perkhidmatan, Pelanggan hendaklah mengikuti pautan rujukan InstaRebate dan mengisi borang pendaftaran di www.getforexrebate.com dengan memasukkan nombor akaun. Selepas pendaftaran berjaya, Perkhidmatan akan memberikan rebat kepada Pelanggan sebanyak 1.5 mata pada setiap perdagangan yang dilakukan oleh Pelanggan.
 * Rebat dikreditkan untuk dagangan dengan sekurang-kurangnya 1 pip keuntungan atau kerugian.
 * Pembayaran-rebat untuk dagangan pada pasangan mata wang adalah bersamaan dengan 1.5 pips, saham CFD - 1.2 pips, Emas dan Niaga Hadapan - 10 USD untuk setiap 1 lot, 2% daripada nilai option
 *Sekiranya akaun mempunyai Bonus 55%, maka pembayaran rebat adalah bersamaan dengan 2/3 dari standard.
2.2 Bagi akaun sen, rebat akan dibayar pada setiap perdagangan yang dilaksanakan dalam kadar yang berikut: 1.5 mata untuk setiap 1 lot sen InstaForex.
2.3 Jika Perkhidmatan mendapati bahawa perdagangan yang dilaksanakan oleh Pelanggan adalah bertentangan dengan prinsip-prinsip asas pada mana-mana perjanjian Kumpulan InstaForex, Perkhidmatan berhak untuk menafikan rebat Pelanggan dan mengeluarkan nama Pelanggan dari perkhidmatan tersebut.
2.4 Pulangan daripada sebahagian komisen spread ialah kempen bersama yang dimulakan oleh Syarikat InstaForex dan perkhidmatan InstaRebate, yang bertujuan untuk menarik pengguna perkhidmatan yang berpotensi. Pelanggan mengesahkan bahawa sekiranya terdapat bukti langsung atau tidak langsung daripada strategi yang digunakan untuk menerima keuntungan daripada rebat termasuk tetapi tidak terhad kepada kes-kes apabila dagangan adalah sebahagian daripada strategi yang sama daripada akaun pelanggan dan akaun Pasangan dikesan dan juga sekiranya Pelanggan melanggar syarat-syarat pada mana-mana Perjanjian Syarikat, Perkhidmatan berhak untuk membatalkan komisen rebat sepenuhnya.
2.5 Sekiranya Pelanggan telah melanggar atau gagal mematuhi pada mana-mana peruntukan yang dinyatakan di sini, Perkhidmatan mempunyai hak untuk membatalkan Perjanjian ini tanpa mendapat persetujuan Pihak lain.

3. Penyelesaian Pertikaian

3.1 Sekiranya berlaku pertikaian, Pelanggan berhak untuk membuat tuntutan terhadap Perkhidmatan. Tuntutan hendaklah dibuat dalam tempoh lima hari bekerja selepas masalah atau pertikaian timbul.
3.2 Tuntutan mestilah dibuat secara bertulis dan sama ada menghantar secara fizikal melalui mel ke alamat Perkhidmatan, atau dikemukakan dalam format elektronik ke alamat e-mel rasmi yang dinyatakan di laman web Perkhidmatan. Tuntutan dalam format lain (termasuk, tanpa batasan, tuntutan telefon dan tuntutan di forum-forum web) tidak akan dilayan.
3.3 Tuntutan harus mengandungi maklumat yang berikut:
- nama penuh Pelanggan;
- perkara/kes pertikaian;
- dan maklumat lain yang berkaitan.
Tuntutan tidak boleh mengandungi:
- penilaian afektif pertikaian;
- bahasa kesat terhadap Perkhidmatan dan/atau ahli kakitangan Perkhidmatan ini;
- ancaman terhadap Perkhidmatan tersebut dan/atau ahli kakitangan perkhidmatan ini;
- atau menggunakan bahasa kesat.
3.4 Perkhidmatan berhak untuk mendapatkan maklumat tambahan yang diperlukan untuk memberikan keputusan yang akan disediakan oleh Pelanggan.
3.5 Perkhidmatan berhak untuk menafikan tuntutan jika:
- tuntutan tidak mematuhi syarat peruntukan di Perenggan 3.2, 3.3 dan 3.4 dalam Perjanjian ini.
- tuntutan yang telah dibuat di forum-forum web, rangkaian sosial dan sumber komuniti yang lain sebelum ia dipertimbangkan oleh Perkhidmatan dan keputusan telah diberikan.
3.6 Perkhidmatan hendaklah menimbangkan tuntutan Pelanggan dan mengambil keputusan mengenai pertikaian secepat mungkin selepas itu, dan memaklumkan kepada Pelanggan mengenai keputusan di dalam format elektronik (melalui e-mel). Tuntutan hendaklah dipertimbangkan dalam tempoh sepuluh hari bekerja selepas ia diterima.
3.7 Sekiranya berlaku pertikaian di antara Pihak-Pihak mengenai Perjanjian ini, Pihak-Pihak hendaklah terlebih dahulu berusaha untuk menyelesaikannya secara baik.

4. Peruntukan Akhir

4. Perjanjian ini berkuatkuasa selepas ditandatangani oleh kedua-dua Pihak.
4.2 Perjanjian ini akan berkuat kuasa selama dua belas bulan pada tarikh ditandatangani.
4.3 Tertakluk kepada pelaksanaan yang betul pada semua peruntukan Perjanjian ini, Perjanjian ini boleh dilanjutkan untuk tempoh yang tidak ditetapkan.
4.4 Syarikat berhak untuk meminda atau menambah terma dan syarat pada Perjanjian ini dengan memberi notis lima hari terlebih dahulu.